ONEXOX - Inovasi Prabayar Terkini
Pilihan Tepat Untuk Berjimat
Apa Itu ONEXOX?
One XOX Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005. One XOX Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 2014, secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan tersendiri.
One XOX percaya akan model perniagaan yang cekap, telus dan sedaya upaya mematuhi tuntutan syariah untuk mempastikan kadar perkhidmatan adalah sangat berpatutan, tiada iklan-iklan yang mengelirukan serta tiada unsur-unsur caj tersembunyi dapat menarik minat dikalangan pelanggan-pelanggan perkhidmatan mudah alih yang sentiasa mencari alternatif penjimatan.
Disamping penawaran perkhidmatan yang sangat kompetitif, One XOX yang tidak mengamalkan pengiklanan secara terbuka telah membuka peluang perniagaan telekomunikasi 'sebenar' mampu milik kepada semua individu yang berminat dengan menawarkan insentif lumayan dan berpanjangan berkonsepkan perkongsian keuntungan syarikat.
One XOX mengalu-alukan semua pelanggan yang dahagakan penjimatan serta usahawan-usahawan yang sedang giat mencari peluang perniagaan untuk mencuba perkhidmatan telus tanpa caj tersembunyi dan memanfaatkan platform perniagaan yang ditawarkan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
MULAKAN PENJIMATAN.
Jom ramai-ramai bertukar kepada ONEXOX.
LANGGANLAH ONEXOX SEKARANG!
Pelan Perkhidmatan
ONEXOX menawarkan pelan yang fleksibel bagi memenuhi keperluan telekomunikasi harian anda. Selain kadar biasa yang kompetitif, kami juga menawarkan lebih penjimatan keatas kadar rendah apabila baki kredit di dalam Akaun Dedikasi digunakan. Beberapa denominasi tambah nilai yang dibuat akan dipecahkan ke Akaun Dedikasi dan Akaun Utama bagi memberi ruang penjimatan kepada anda.
PECAHAN TOP UP
Promosi Pelan Internet Mudah Alih
Top Up Akaun Onexox
Top up hanya boleh dilakukan selepas berjaya membuat panggilan pertama setelah selesai pendaftaran akaun prabayar anda.
Anda boleh membeli top up daripada mana-mana pengedar sah ONEXOX dan pusat-pusat jualan yang dilantik melalui:
- E-recharge daripada pengedar-pengedar sah ONEXOX.
- Slip top up/kod elektronik XOX daripada semua terminal e-pay, MOL (Money Online) dan 7Eleven.
- Top up menerusi portal Self Care
Top up akaun prabayar anda menerusi:
USSD
a. Top up akaun sendiri: dail *132*1*<pin kod 16-angka>#
b. Top upkan akaun teman anda: dail *132*1*<pin kod 16-angka>*#
Contoh: *132*1**010300XXXX#
SMS
Top up akaun sendiri: taip RECPR dan hantar ke 22111
Panggilan
Dail 13322 dari nombor ONEXOX anda.
Pertanyaan baki kredit
Anda boleh menyemak baki kredit dengan 3 cara:
1. USSD: Dail *132#
2. SMS: Taip BAL dan hantar ke 22111
Cara melanggan pelan internet mudah alih
SMS
a. Pelan RM7/1hari (2500Mb): taip 1XDDAILY dan hantar ke 22111
b. Pelan RM10/7hari (250Mb): taip 1XD250 dan hantar ke 22111
c. Pelan RM18/30hari (500Mb): taip 1XD500 dan hantar ke 22111
d. Pelan RM29.99/30hari (1.5Gb): taip 1XD1.5 dan hantar ke 22111
e. Pelan RM48/30hari (2Gb): taip 1XD2 dan hantar ke 22111
f. Pelan RM68/30hari (3Gb): taip 1XD3 dan hantar ke 22111
g. Pelan RM108/30hari (5Gb): taip 1XD5 dan hantar ke 22111
Menambah kuota data
Anda boleh menambahkuota data pada bila-bila masa semasa berada di dalam tempoh langganan sekiranya kuota data yang diperuntukkan tidak mencukupi.
SMS
a. Untuk menambah sebanyak 100Mb data: taip DATAADD100 dan hantar ke 22111
b. Untuk menambah sebanyak 200Mb data: taip DATAADD200 dan hantar ke 22111
c. Untuk menambah sebanyak 300Mb data: taip DATAADD300 dan hantar ke 22111
d. Untuk menambah sebanyak 1Gb data: taip DATAADD1GB dan hantar ke 22111
Batalkan fungsi penyambungan langganan secara automatik
Untuk kemudahan anda, langganan pelan data yang sama akan disambung secara automatik sebaik tamat tempoh langganan. Walau bagaimanapun, anda boleh membatalkan fungsi ini selepas setiap kali melanggan pelan data yang baru.
SMS
Taip: DATAOFF dan hantar ke 22111